Followers

Apr 11, 2008

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

"....lalu beliau mengingatkan saya kepada satu persitiwa ngeri dan menyayat hati yang pernah berlaku di Subang Jaya pada 13 Febuari 1998.Saya kebetulan tahu akan kisah itu. Ianya berkenaan pembunuhan sepasang suami -isteri dan bayi mereka, Allahyarham Ibrahim dan isterinya Solehah serta bayi mereka berusia 5 bulan telah dibunuh dengan kejam. Mereka berdua ini adalah keturunan India dan dari keluarga Hindu dan Kristian. Ditakdirkan Allah swt mereka menerima hidayah lalu memeluk Islam. Berpuluh aduan telah mereka buat samada kepada pihak polis mahupun JAIS tentang ancaman terhadap mereka oleh keluarga mereka yang tidak dapat menerima keputusan mereka memeluk Islam.Ringkaskan cerita, setelah berpindah-randah dan bersembunyi dari setempat ke setempat (termasuk disembunyikan oleh sahabat ini tadi), akhirnya pada malam itu kedua-dua pasangan ini dan bayi mereka yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam ketika tinggal dalam sebuah kontena berhampiran Bandar Sunway.Saya masih ingat seorang Imam yang telah menyempurnakan mayat Ibrahim ada menyatakan banyaknya kesan tetakkan ke atas tubuh Allahyarham termasuklah dikelar-kelar dengan lambang salib ditubuhnya.Kes ini sehingga hari ini tidak diketahui siapa pembunuhnya!..."

di ambil dari http://www.n32.blogspot.com/

Masih segar di ingatan cerita ini, dimana keluarga itu ketika sudah dikafan dan dibawa ke liang lahat, darah masih mengalir panas seolah baru sahaja mati

begitulah keluarga Sumayah & Yasir moden; yang berlaku di zaman teknologi and maju kononnya

Mereka pastinya mati beriman, mempertahankan agama yang tercinta biarpun baru mengenali agama itu

kekadang tertanya juga, yang empunya diri dilahirkan dengan agama suci ini, mampu memberikan sumbangan pada agama atau mempertahankan seperti Keluarga Ibrahim ini

No comments: